THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 27, 2010

Cita2 aku semasa kecik...

Salam...
Di sebalik kesibukan kerja+keletihan+kemalasan yg melanda diri aku, aku teringat kembali cita2 aku masa aku kecik..
Cita2 aku dulu ingin menjadi seorang Guru Tadika
Kenapa aku nak jadi guru tadika?
Sebab masa aku tadika dulu, aku rase...aku rase jelah..yg cikgu2 tadika ni best sangat layan kitorg yg cute mute+baik+dengar cakap ni... (sebab tu aku kate aku rase je..hehe)
Dulu aku tadika Cina, cikgunya semua baik2 belaka. Diorang layan aku spesel sket sebab hormat dengan sensitiviti aku sebagai seorang muslim terutama bab makanan. (xpayah nak sibok2 1Malaysia, sebenarnya zaman dulu lagi dah wujud perasaan hormat antara berbilang kaum ni)
Kalau jadi cikgu tadika ni.... Aku rase best sangat nak mengajar budak2 yg baru nak melangkah ke dunia tentang sesuatu yg baru dan bila dipuji pandai, bagus, hebat dan sbgnya, mereka akan tersenyum riang penuh kebanggaan, ikhlas mengucapkan "terima kasih cikgu", dan semestinya xsabar nak balik rumah utk diceritakan kepada mak dan ayah.. Aku yg tengok situasi tu pon rase cukup gembira, apatah lagi kalau aku adalah guru yg menyumbang kepada kebahagiaan itu?
Dan yg pastinya, xkan lari dengan ragam2 yg penuh aksi..hehe... teringat kisah2 lama kat tadika:
a) kisah cikgu kena 'teman' g tandas ni mmg banyaklah..siap tolong tukarkan suar..hehe.. tp aku xpernah tau...
b) persembahan menari dari kelas aku masa hari penyampaian hadiah kena ulang sampai 5x sebab de je yg buat salah... So, 5x jugalah tirai naik dan tepukan gemuruh untuk kami..kahkahkah... (aku xtahulah sape puncanya tp rasenyer aku pon de menyumbang skali..hehe)
c) masa hari sukan, aku munyumbang gak pada kemenangan Rumah aku - Rumah Merah. Punca aku minat merah termasuk Power Rangers Merah.. Peristiwa aku paling xleh lupa, masa rehat. Aku lapar n cuba cari umiayah tapi xjumpa. Cikgu bagi makan karipap. Lama aku pegang karipap tu sebab xyakin halal. Last2 cikgu gitau kata dalam tu xde daging, cuma ubi. Utk xnak mengecewakan cikgu, aku pon gigit bahagian puff tu skit2...Bile cikgu xtengok jer, aku terus buang karipap tu..hik3..
d) Kejayaan aku yg paling membanggakan masa aku dapat tempat ke-5 dalam seluruh 'darjah' aku... Kelas tadika 6 tahun ade dalam 5 kelas rasanya. Bagi aku itu satu kejayaan lah sebab kaum Cina kan terkenal dengan bijaksana, tambah2 di kawasan bandar..
-Guru2 tadika akulah yg menjadi pendorong utk aku jadi seorg guru tadika...
-tapi cita2 ni aku upgradekan menjadi seorg guru plak bile masuk sek menengah.
-Bila masuk matrik, cita2 sebagai guru ni terus pudar.
-Aku kekal menjadi seorg tanpa cita2 sehinggalah aku habis study di UPM.
-Kini, aku menjadi seorang bukan guru. Aku suka dengan gelaran kerjaya aku sekarang, sebab aku mmg minat.
-Tetapi, situasi kerja yg amat membosankan sekarang ni menyebabkan aku rindu akan cita2 aku semasa kecik...
hmm...rindu sangat....

0 oranges :):