THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 26, 2010

Im Back ~

I'm back?
Dari menyepikan diri...
Tp xpe, xde yang mencari aku... syok sendiri sudah...

Kenapa aku start menulis balik?
Sebab aku xsangka aku masih ingat password blog aku setelah hampir setahun xbuka..
Ni yg menaikkan semangat aku utk tulis kembali

Perubahan yg berlaku dalam tempoh setahun..??
Banyaaaaaaak sangat.... Subhanallah...
Antaranya:::

1. Aku konvo bulan Ogos 2009. Heppy sangat sebab dah berjaya lulus dengan agak cemerlang. Mungkin de hikmah kenapa aku x lulus dengan sangat cemerlang, kerna mungkin nasib aku xserupa sekarang..maybe better, o maybe worst...sebab org akan expect aku tinggi dgn result sedemikian, padahal smua tu hanya result pada kertas semata2...

2. Aku keje part time kat tuuuttt, BB Bangi. Menyesal ~ niat nak tolong org Melayu, tetapi org Melayu tu sendiri xnak tolong diri sendiri. Sakit hati sebab sampai xnak bayar gaji aku n M, tp kitorg pon xdelah berserah semata2, adalah caranya nak dapatkan hak kami.

3. Aku sambung blaja bulan Disember 2009. Master in Postharvest Technology, UPM di bawah penyeliaan Dr yg sangat slumber, Dr Mahmud B Tengku Muda Muhamad. Maaf Dr lambat siapkan CV Dr, saya pening mengadap kertas banyak2 tu..hehe (alasan)

4. Aku interview di UPSI, UMT sebagai tutor.... dan di MPOB sebagai Agronomist. Hasilnya, aku di MPOB =) hehe. Sebab kelayakan tutor sekarang adalah pemegang master degree. Alasan, sebab dah terlalu ramai student master sekarang, diorg hanya perlu tampung pembelajaran ke phD shja. (sengal!! kalau dah macam tu, kenapa panggil kitorg interview, saje nak perabiskan duit+masa kitorg..dahlah jauh). Tp xpe, Allah maha kaya, die bagi aku rezki lain. Alhamdulillah.

5. Februari 2010, aku memulakan kerjaya sebagai Agronomist di MPOB HQ. Alhamdulillah berkat doa UmiAyah tersayang. Bukankah doa ibubapa yg paling berkat utk kejayaan anak2? Aku setuju.

6. 7 Mac 2010, aku bertunang dengan seorang lelaki yang amat memahami diri aku, Mohd Awiz Zarim B Muhamad Jalal. Dia terima segala kelemahan n keburukan aku, selalu menasihati aku ke arah kebaikan, membuatkan aku jatuh cinta padanya buat ke sekian kali. Ikatannya selama setahun

7. 5 Jun 2010, berkat kesungguhan dan doa tawakal, aku sah menjadi isteri kepada tunangku. Siapa sangka siapa menduga..hehe.. De desas desus menghembus cuping telinga aku, 'dah stabil ke ekonomi nak kawen tu, suami isteri masing2 baru keje.' Dalam hati aku menjawab dgn senyuman, 'aku xrisau, sebab aku ade Allah, aku de umi ayah, begitu juga kata suamiku'. Niat kami kerana Allah, betul2 untuk mengelakkan maksiat lebih berleluasa antara kami. soal stabil, kewangan, smua tu Allah yang turunkan. Betul kan...

8. 4 Julai 2010, kenduri di sebelah lelaki di Sabak Bernam. Selama beberapa hari di sana, Alhamdulillah, dengan cepat aku dapat biasakan diri dengan family die sebab semua sporting. Dan aku pasang cita2, aku nak blaja cakap Jawa n Banjar. Kalau campur dengan 3 bahasa yg aku pandai sekarang, aku akan pandai 5 bahasa, bukan senang beb...hehe

9. Bulan Ogos 2010, Selamat berpuasa. Dan aku diisytiharkan mother-to-be di Hosp Pakar An-Nur. Baru aku sedar pengorbanan semua kaum ibu di muka bumi. Aku baru pada bulan pertama dan mengalami morning-sickness yg amat teruk, sampai susah nak puasa. Sedih aku setiap kali terkenangkan anak yg derhaka pada ibubapanya, sebab aku telah merasai kesakitan bulan pertama mengandung. Bulan 8bulan yang mendatang. Doa ku,

"Ya anakku, umi mu ini amat lemah badannya, moga2 umi mu diberi kekuatan utk melahirkanmu sebagai anak yg sempurna fizikal n mental, sihat tubuh badan, dan engkau menjadi anak yg taat kpd perintah Allah, ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan taat kepada kedua ibubapamu. Semoga kehadiran kau membawa kebahagiaan dan kesenangan kepada kami, dunia dan akhirat. Amin."

ini ajelah..Setahun punya perkembangan, mmg panjang sket.. hehe...

Bulan mulia ni, sama2lah kita tingkatkan amalan kepadaNya. Salam.