THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 27, 2010

Cita2 aku semasa kecik...

Salam...
Di sebalik kesibukan kerja+keletihan+kemalasan yg melanda diri aku, aku teringat kembali cita2 aku masa aku kecik..
Cita2 aku dulu ingin menjadi seorang Guru Tadika
Kenapa aku nak jadi guru tadika?
Sebab masa aku tadika dulu, aku rase...aku rase jelah..yg cikgu2 tadika ni best sangat layan kitorg yg cute mute+baik+dengar cakap ni... (sebab tu aku kate aku rase je..hehe)
Dulu aku tadika Cina, cikgunya semua baik2 belaka. Diorang layan aku spesel sket sebab hormat dengan sensitiviti aku sebagai seorang muslim terutama bab makanan. (xpayah nak sibok2 1Malaysia, sebenarnya zaman dulu lagi dah wujud perasaan hormat antara berbilang kaum ni)
Kalau jadi cikgu tadika ni.... Aku rase best sangat nak mengajar budak2 yg baru nak melangkah ke dunia tentang sesuatu yg baru dan bila dipuji pandai, bagus, hebat dan sbgnya, mereka akan tersenyum riang penuh kebanggaan, ikhlas mengucapkan "terima kasih cikgu", dan semestinya xsabar nak balik rumah utk diceritakan kepada mak dan ayah.. Aku yg tengok situasi tu pon rase cukup gembira, apatah lagi kalau aku adalah guru yg menyumbang kepada kebahagiaan itu?
Dan yg pastinya, xkan lari dengan ragam2 yg penuh aksi..hehe... teringat kisah2 lama kat tadika:
a) kisah cikgu kena 'teman' g tandas ni mmg banyaklah..siap tolong tukarkan suar..hehe.. tp aku xpernah tau...
b) persembahan menari dari kelas aku masa hari penyampaian hadiah kena ulang sampai 5x sebab de je yg buat salah... So, 5x jugalah tirai naik dan tepukan gemuruh untuk kami..kahkahkah... (aku xtahulah sape puncanya tp rasenyer aku pon de menyumbang skali..hehe)
c) masa hari sukan, aku munyumbang gak pada kemenangan Rumah aku - Rumah Merah. Punca aku minat merah termasuk Power Rangers Merah.. Peristiwa aku paling xleh lupa, masa rehat. Aku lapar n cuba cari umiayah tapi xjumpa. Cikgu bagi makan karipap. Lama aku pegang karipap tu sebab xyakin halal. Last2 cikgu gitau kata dalam tu xde daging, cuma ubi. Utk xnak mengecewakan cikgu, aku pon gigit bahagian puff tu skit2...Bile cikgu xtengok jer, aku terus buang karipap tu..hik3..
d) Kejayaan aku yg paling membanggakan masa aku dapat tempat ke-5 dalam seluruh 'darjah' aku... Kelas tadika 6 tahun ade dalam 5 kelas rasanya. Bagi aku itu satu kejayaan lah sebab kaum Cina kan terkenal dengan bijaksana, tambah2 di kawasan bandar..
-Guru2 tadika akulah yg menjadi pendorong utk aku jadi seorg guru tadika...
-tapi cita2 ni aku upgradekan menjadi seorg guru plak bile masuk sek menengah.
-Bila masuk matrik, cita2 sebagai guru ni terus pudar.
-Aku kekal menjadi seorg tanpa cita2 sehinggalah aku habis study di UPM.
-Kini, aku menjadi seorang bukan guru. Aku suka dengan gelaran kerjaya aku sekarang, sebab aku mmg minat.
-Tetapi, situasi kerja yg amat membosankan sekarang ni menyebabkan aku rindu akan cita2 aku semasa kecik...
hmm...rindu sangat....

Wednesday, September 22, 2010

11 weeks old baby

My baby now is 11 weeks old...
and has now graduated to a FETUS....
(Alhamdulillah...tahniah2...tepok tangan..tepok tangan...)


These are my summary after my reading from the internet.. Happy to share this wif all of u..

During this age, my baby now ::

a) about 4cm long and weighs almost 7g (^^,)

b) has transparent skin where we could see right through the skin.. hikhikhik... but soon will lose the transparency and develop a multi-layered membrane.

c) the fingers and toes now separated like normal human, instead of webbed. For sure the fingers are soooo tiny and damn cute (remember from House's series, when a baby holding House's finger right from mother's placenta during the operation..sooo dramatic especially for sumone heartless like Dr House)
-- this is important especially when the baby starts opening and closing the fists as well as kicking and stretching (terer silat and kungfu anak aku nnti..)

d) some of the bones in the fetus are beginning to harden and the tooth buds are still forming under the gums

e) the eyelids are still fused shut in order to help those beautiful irises develop underneath... (sabar ye sayang..dah x sabar nak tengok ummi and walid yg cute ni yer..)

Those are the changes that might be happened to the baby, while for the mother ::

a) may start to show a bit but still may not look pregnant for onlookers. However, i already felt a bit 'boooncet' now, and fortunately fully covered with my baju kurung and big shirt..hehehe

b) the 'booncet' is just big enough for the fetus to fill in the uterus, and for the uterus to fill the pelvis. this probably poking up above the middle of the pubic bone. (oohh...dats y lah.... ohhh....)

c) the best part i read was --> if u have been suffering from terrible morning sickness, knowing that just another week or two, should start to feel remarkably better. (really...?? Hope so.. insyaAllah..)


Suffering 3 months sickness (could be more) already makes me realize why our Prophet Muhammad (pbuh) saying:

"Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"
...how about another 6 months...??
...Ya Allah....

Tuesday, September 7, 2010

8 September aku start cuti ~ lalalala


Hari ni 7 september...
Esok 8 September = start coooti...yeah..!!
aku cuti sampai 19hb, boleh bayang tahap kemalasan aku nak masuk keje Isnin nnti..hehe
(hope abg encem aku leh kejutkan aku dengan sedikit garang sebab biasanya kalau die kejut, aku akan makin tido lena sebab suaranya mendayu2 seolah2 sedang mendodoi aku...hikhikhik)

Sahur pagi ni aku amat hepy,
sebab aku berjaya makan seketul ayam masak kuning..yeahh..!!
"Cehhh, aku makan ayam 13 ketol xkecoh pon....??!! Ape yg hepynya???"
mesti tu suara hati korg kan..kan..kan.... opss...terfitnah lak...
xpe2...kejaaaap je lagi aku mintak maaf yer..

xdelah...bagi aku,
Ni adalah satu perkembangan yg amat baik utk aku yg mengalami morning + afternoon + evening + nite sickness nih...
pendek kata whole day sickness..huhuhu..
Apa yg aku makan?
Aku cuma makan buah, bubur, kgkdg roti, susu, wafer, koko krunch..kurma.. and yg pastinya, 80% drpd aku makan akan kuar sebagai muntah...
moga2 nutrient2 dalam makanan tu sempat diserap utk dijadikan bekalan tenaga utk anak aku....

Lembik kan? ape nak buat...
Aku mmg spesis de masalah ngan pemakanan selama ni,
Keadaan skrg menyebabkan masalah tu bertambah bermasalah..huhu
Tp aku x kate aku benci dgn keadaan skrg tau..
Aku redha dan bersyukur, sebab Allah bagi rezki amat mahal dan berharga untuk aku n suamiku....

Kerap aku bertanya pd diri sendiri,
"Kenapalah aku lembik n lemah bebenor nih..."
"Cubalah lawan....!!"
"Sudah...dah habis smua senjata aku pakai.."
Tahap ni jer yg aku mampu bertahan...

Tu yg membuatkan aku berpikir sejenak...
"mungkin....aku susah semasa mengandungkan anak ini,
malah mungkin juga semasa melahirkan nnti...
tp dgn izin Allah, mungkin aku senang semasa membesarkannya kelak..."
Alhamdulillah, jika itu yg terjadi...
Setiap kesusahan pasti ada kesenangan kan...
Allah xkan menyeksa hamba2Nya....

Lagi 3hari dah nak raye....
Aku dah nak bergerak lik Sabak esok insyaALLAH...
Dikesempatan ni aku nak ucap Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin...
Kalau ade dosa aku, maafkan n ampunkan lah... (ade ker? aku kan baik)
Aku pon dah maafkan semua salah silap korang..
Moga raya ini, hati kite suci dari dosa....aminn...

Moga ketemu lagi di Ramadhan akan datang...
Ahlan wa sahlan...

Wednesday, September 1, 2010

Makteh Kawen...??

Salam..

Suprise dgn berita semalam,
MAKTIH trgnu akan menikah pada hari raya ke-3,
Alhamdulillah syukur nikmat...de lagi jodoh makteh...
Moga jodoh ni yg terbaek...

Otometikelli, kitorg terpaksa tukar plan beraya.

Cadangan asal,
Raya pertama : Sabak Bernam
Raya kedua : Nogori

Penukaran tentatif,
Raya pertama : Sabak bernam
Raya kedua : Nogori, then bertolak balik Koberang

Persoalannya :::: mampu ker Driver kacak aku nak drive sejauh itu selama 2 hari berturut2? bukan aku xnak tolong drive, tp keadaan ak skrg kureng seswai utk aku drive jauh...

So, camne? emmhhh......


Thursday, August 26, 2010

Im Back ~

I'm back?
Dari menyepikan diri...
Tp xpe, xde yang mencari aku... syok sendiri sudah...

Kenapa aku start menulis balik?
Sebab aku xsangka aku masih ingat password blog aku setelah hampir setahun xbuka..
Ni yg menaikkan semangat aku utk tulis kembali

Perubahan yg berlaku dalam tempoh setahun..??
Banyaaaaaaak sangat.... Subhanallah...
Antaranya:::

1. Aku konvo bulan Ogos 2009. Heppy sangat sebab dah berjaya lulus dengan agak cemerlang. Mungkin de hikmah kenapa aku x lulus dengan sangat cemerlang, kerna mungkin nasib aku xserupa sekarang..maybe better, o maybe worst...sebab org akan expect aku tinggi dgn result sedemikian, padahal smua tu hanya result pada kertas semata2...

2. Aku keje part time kat tuuuttt, BB Bangi. Menyesal ~ niat nak tolong org Melayu, tetapi org Melayu tu sendiri xnak tolong diri sendiri. Sakit hati sebab sampai xnak bayar gaji aku n M, tp kitorg pon xdelah berserah semata2, adalah caranya nak dapatkan hak kami.

3. Aku sambung blaja bulan Disember 2009. Master in Postharvest Technology, UPM di bawah penyeliaan Dr yg sangat slumber, Dr Mahmud B Tengku Muda Muhamad. Maaf Dr lambat siapkan CV Dr, saya pening mengadap kertas banyak2 tu..hehe (alasan)

4. Aku interview di UPSI, UMT sebagai tutor.... dan di MPOB sebagai Agronomist. Hasilnya, aku di MPOB =) hehe. Sebab kelayakan tutor sekarang adalah pemegang master degree. Alasan, sebab dah terlalu ramai student master sekarang, diorg hanya perlu tampung pembelajaran ke phD shja. (sengal!! kalau dah macam tu, kenapa panggil kitorg interview, saje nak perabiskan duit+masa kitorg..dahlah jauh). Tp xpe, Allah maha kaya, die bagi aku rezki lain. Alhamdulillah.

5. Februari 2010, aku memulakan kerjaya sebagai Agronomist di MPOB HQ. Alhamdulillah berkat doa UmiAyah tersayang. Bukankah doa ibubapa yg paling berkat utk kejayaan anak2? Aku setuju.

6. 7 Mac 2010, aku bertunang dengan seorang lelaki yang amat memahami diri aku, Mohd Awiz Zarim B Muhamad Jalal. Dia terima segala kelemahan n keburukan aku, selalu menasihati aku ke arah kebaikan, membuatkan aku jatuh cinta padanya buat ke sekian kali. Ikatannya selama setahun

7. 5 Jun 2010, berkat kesungguhan dan doa tawakal, aku sah menjadi isteri kepada tunangku. Siapa sangka siapa menduga..hehe.. De desas desus menghembus cuping telinga aku, 'dah stabil ke ekonomi nak kawen tu, suami isteri masing2 baru keje.' Dalam hati aku menjawab dgn senyuman, 'aku xrisau, sebab aku ade Allah, aku de umi ayah, begitu juga kata suamiku'. Niat kami kerana Allah, betul2 untuk mengelakkan maksiat lebih berleluasa antara kami. soal stabil, kewangan, smua tu Allah yang turunkan. Betul kan...

8. 4 Julai 2010, kenduri di sebelah lelaki di Sabak Bernam. Selama beberapa hari di sana, Alhamdulillah, dengan cepat aku dapat biasakan diri dengan family die sebab semua sporting. Dan aku pasang cita2, aku nak blaja cakap Jawa n Banjar. Kalau campur dengan 3 bahasa yg aku pandai sekarang, aku akan pandai 5 bahasa, bukan senang beb...hehe

9. Bulan Ogos 2010, Selamat berpuasa. Dan aku diisytiharkan mother-to-be di Hosp Pakar An-Nur. Baru aku sedar pengorbanan semua kaum ibu di muka bumi. Aku baru pada bulan pertama dan mengalami morning-sickness yg amat teruk, sampai susah nak puasa. Sedih aku setiap kali terkenangkan anak yg derhaka pada ibubapanya, sebab aku telah merasai kesakitan bulan pertama mengandung. Bulan 8bulan yang mendatang. Doa ku,

"Ya anakku, umi mu ini amat lemah badannya, moga2 umi mu diberi kekuatan utk melahirkanmu sebagai anak yg sempurna fizikal n mental, sihat tubuh badan, dan engkau menjadi anak yg taat kpd perintah Allah, ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan taat kepada kedua ibubapamu. Semoga kehadiran kau membawa kebahagiaan dan kesenangan kepada kami, dunia dan akhirat. Amin."

ini ajelah..Setahun punya perkembangan, mmg panjang sket.. hehe...

Bulan mulia ni, sama2lah kita tingkatkan amalan kepadaNya. Salam.