THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 9, 2009

Persahabatan

Salam ukhwah kepada semua.....
Nothing special wif today...
Cuma terasa nak mengepos baru dan padam yg lama....
~~Kpd em..jgn marah ar post bufday parti ko aku dah delete...next year aku letak yg lagi beshh...dehh


Talk bout friendship..aku de terjumpe satu quote:
"True friendship is a plant of slow growth,
must undergo and withstand the shocks of adversity,
before it is entitled to the appellation."

Ringkasannyer....

~ Persahabatan sejati tu ibarat tanaman yang tumbuh dan membesar dengan perlahan serta berperingkat...

Setiap hari setiap bulan berlaku pertumbuhan ikut keperluan nutrien, air dan cahaya yang dibekalkan... Klu cukup, maka suburlah tanaman tu...InsyaAllah... Selain tu, faktor2 minor pon diambil kira juga, macam kelembapan, suhu, kandungan nutrien tersedia dalam tanah, pH tanah dan banyak lagi... Klu terkurang, tanaman xkan mati, tapi mungkin akan kurang kualitinya seperti saiznya xcukup besar, kemanisan buah kurang, warna xcantik dan sebagainya.

~ Harus melalui dan menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan..

Walau setinggi mane tahap kerintangan tanaman, mesti akan menghadapi masalah penyakit dan perosak bermula dari saat dia disemai hinggalah membuahkan hasil...

Penyakit (Disease) berpunca dari patogen seperti kulat, bakteria, virus, fungal-like organisms, phytoplasma, nematode (macam cacing) dan parasitic higher plant (Some higher plant forms live on the surface of or parasitize other plants and often cause harmful reactions in their hosts).. Macam2lah...berlainan bentuk, saiz dan cara mereka bertindak....de yang secara terang2 nampak dari fizikal simptomnya (senang untuk diatasi pada peringkat awal), yang paling bahaya, hanya dapat dikesan bila penyakit dah teruk, sebab tersebar secara halus dari dalam...MasyaAllah...

Itu baru penyakit, perosak de lagi.. Perosak (Pest) pun de kepelbagaian juga. Kebanyakannya adelah serangga, dan jangan lupa manusia pun boleh jadi perosak juga.. Perosak ni cerdik, yelah..berotak, tapi xtahu berakal ataupun x... De yang serang masa biji benih baru je disemai : alaahai manisnye, kate semut yang menyerang biji benih jagung varieti Supersweet. De yang serang masa pokok tengah membesar : aiya, wa pon mau idop, mau cari makan maa..kate si ulat bulu. De yang serang masa pokok dah membuahkan hasil : dey, itu pon mau kedekut kaa..ciitt, u tanam byk, saya makan sikiittt saja. Adduhh, macam ni pon de ke..

Macam2 langkah pencegahan (tapi ni kebiasaannya diabaikan) dan andai dah terjangkit, langkah2 mengatasi lak yang akan diambil (ni yg biasanya diamalkan)... Masa tu, klu yang dah berpengalaman, tahu nak buat pe, mula keluarkan 'senjata', seraannnggg..!!! Yang xde pengalaman, mulalah cari pakar2 dalam hal2 ni, luahkan masalah, minta jalan penyelesaian...klu yg pakar lak, de yg keluarkan buku untuk jadikan rujukan dan panduan, takut andai tersalah rawatan, makin teruk plak tanaman, silap2 pokok jadi kering dan layu, akhirnye musnah terus....

Susah nak jumpe yg sejati ni...aku pon xsanggup nak ngaku sebagai sahabat sejati kepada sahabat sejati aku....

~ Persahabatan sejati ibarat tisu...

boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan,

yang paling penting,

masa menangis...lap hingus... ~

0 oranges :):