THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Monday, September 27, 2010

Cita2 aku semasa kecik...

Salam...
Di sebalik kesibukan kerja+keletihan+kemalasan yg melanda diri aku, aku teringat kembali cita2 aku masa aku kecik..
Cita2 aku dulu ingin menjadi seorang Guru Tadika
Kenapa aku nak jadi guru tadika?
Sebab masa aku tadika dulu, aku rase...aku rase jelah..yg cikgu2 tadika ni best sangat layan kitorg yg cute mute+baik+dengar cakap ni... (sebab tu aku kate aku rase je..hehe)
Dulu aku tadika Cina, cikgunya semua baik2 belaka. Diorang layan aku spesel sket sebab hormat dengan sensitiviti aku sebagai seorang muslim terutama bab makanan. (xpayah nak sibok2 1Malaysia, sebenarnya zaman dulu lagi dah wujud perasaan hormat antara berbilang kaum ni)
Kalau jadi cikgu tadika ni.... Aku rase best sangat nak mengajar budak2 yg baru nak melangkah ke dunia tentang sesuatu yg baru dan bila dipuji pandai, bagus, hebat dan sbgnya, mereka akan tersenyum riang penuh kebanggaan, ikhlas mengucapkan "terima kasih cikgu", dan semestinya xsabar nak balik rumah utk diceritakan kepada mak dan ayah.. Aku yg tengok situasi tu pon rase cukup gembira, apatah lagi kalau aku adalah guru yg menyumbang kepada kebahagiaan itu?
Dan yg pastinya, xkan lari dengan ragam2 yg penuh aksi..hehe... teringat kisah2 lama kat tadika:
a) kisah cikgu kena 'teman' g tandas ni mmg banyaklah..siap tolong tukarkan suar..hehe.. tp aku xpernah tau...
b) persembahan menari dari kelas aku masa hari penyampaian hadiah kena ulang sampai 5x sebab de je yg buat salah... So, 5x jugalah tirai naik dan tepukan gemuruh untuk kami..kahkahkah... (aku xtahulah sape puncanya tp rasenyer aku pon de menyumbang skali..hehe)
c) masa hari sukan, aku munyumbang gak pada kemenangan Rumah aku - Rumah Merah. Punca aku minat merah termasuk Power Rangers Merah.. Peristiwa aku paling xleh lupa, masa rehat. Aku lapar n cuba cari umiayah tapi xjumpa. Cikgu bagi makan karipap. Lama aku pegang karipap tu sebab xyakin halal. Last2 cikgu gitau kata dalam tu xde daging, cuma ubi. Utk xnak mengecewakan cikgu, aku pon gigit bahagian puff tu skit2...Bile cikgu xtengok jer, aku terus buang karipap tu..hik3..
d) Kejayaan aku yg paling membanggakan masa aku dapat tempat ke-5 dalam seluruh 'darjah' aku... Kelas tadika 6 tahun ade dalam 5 kelas rasanya. Bagi aku itu satu kejayaan lah sebab kaum Cina kan terkenal dengan bijaksana, tambah2 di kawasan bandar..
-Guru2 tadika akulah yg menjadi pendorong utk aku jadi seorg guru tadika...
-tapi cita2 ni aku upgradekan menjadi seorg guru plak bile masuk sek menengah.
-Bila masuk matrik, cita2 sebagai guru ni terus pudar.
-Aku kekal menjadi seorg tanpa cita2 sehinggalah aku habis study di UPM.
-Kini, aku menjadi seorang bukan guru. Aku suka dengan gelaran kerjaya aku sekarang, sebab aku mmg minat.
-Tetapi, situasi kerja yg amat membosankan sekarang ni menyebabkan aku rindu akan cita2 aku semasa kecik...
hmm...rindu sangat....

Wednesday, September 22, 2010

11 weeks old baby

My baby now is 11 weeks old...
and has now graduated to a FETUS....
(Alhamdulillah...tahniah2...tepok tangan..tepok tangan...)


These are my summary after my reading from the internet.. Happy to share this wif all of u..

During this age, my baby now ::

a) about 4cm long and weighs almost 7g (^^,)

b) has transparent skin where we could see right through the skin.. hikhikhik... but soon will lose the transparency and develop a multi-layered membrane.

c) the fingers and toes now separated like normal human, instead of webbed. For sure the fingers are soooo tiny and damn cute (remember from House's series, when a baby holding House's finger right from mother's placenta during the operation..sooo dramatic especially for sumone heartless like Dr House)
-- this is important especially when the baby starts opening and closing the fists as well as kicking and stretching (terer silat and kungfu anak aku nnti..)

d) some of the bones in the fetus are beginning to harden and the tooth buds are still forming under the gums

e) the eyelids are still fused shut in order to help those beautiful irises develop underneath... (sabar ye sayang..dah x sabar nak tengok ummi and walid yg cute ni yer..)

Those are the changes that might be happened to the baby, while for the mother ::

a) may start to show a bit but still may not look pregnant for onlookers. However, i already felt a bit 'boooncet' now, and fortunately fully covered with my baju kurung and big shirt..hehehe

b) the 'booncet' is just big enough for the fetus to fill in the uterus, and for the uterus to fill the pelvis. this probably poking up above the middle of the pubic bone. (oohh...dats y lah.... ohhh....)

c) the best part i read was --> if u have been suffering from terrible morning sickness, knowing that just another week or two, should start to feel remarkably better. (really...?? Hope so.. insyaAllah..)


Suffering 3 months sickness (could be more) already makes me realize why our Prophet Muhammad (pbuh) saying:

"Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"
...how about another 6 months...??
...Ya Allah....

Tuesday, September 7, 2010

8 September aku start cuti ~ lalalala


Hari ni 7 september...
Esok 8 September = start coooti...yeah..!!
aku cuti sampai 19hb, boleh bayang tahap kemalasan aku nak masuk keje Isnin nnti..hehe
(hope abg encem aku leh kejutkan aku dengan sedikit garang sebab biasanya kalau die kejut, aku akan makin tido lena sebab suaranya mendayu2 seolah2 sedang mendodoi aku...hikhikhik)

Sahur pagi ni aku amat hepy,
sebab aku berjaya makan seketul ayam masak kuning..yeahh..!!
"Cehhh, aku makan ayam 13 ketol xkecoh pon....??!! Ape yg hepynya???"
mesti tu suara hati korg kan..kan..kan.... opss...terfitnah lak...
xpe2...kejaaaap je lagi aku mintak maaf yer..

xdelah...bagi aku,
Ni adalah satu perkembangan yg amat baik utk aku yg mengalami morning + afternoon + evening + nite sickness nih...
pendek kata whole day sickness..huhuhu..
Apa yg aku makan?
Aku cuma makan buah, bubur, kgkdg roti, susu, wafer, koko krunch..kurma.. and yg pastinya, 80% drpd aku makan akan kuar sebagai muntah...
moga2 nutrient2 dalam makanan tu sempat diserap utk dijadikan bekalan tenaga utk anak aku....

Lembik kan? ape nak buat...
Aku mmg spesis de masalah ngan pemakanan selama ni,
Keadaan skrg menyebabkan masalah tu bertambah bermasalah..huhu
Tp aku x kate aku benci dgn keadaan skrg tau..
Aku redha dan bersyukur, sebab Allah bagi rezki amat mahal dan berharga untuk aku n suamiku....

Kerap aku bertanya pd diri sendiri,
"Kenapalah aku lembik n lemah bebenor nih..."
"Cubalah lawan....!!"
"Sudah...dah habis smua senjata aku pakai.."
Tahap ni jer yg aku mampu bertahan...

Tu yg membuatkan aku berpikir sejenak...
"mungkin....aku susah semasa mengandungkan anak ini,
malah mungkin juga semasa melahirkan nnti...
tp dgn izin Allah, mungkin aku senang semasa membesarkannya kelak..."
Alhamdulillah, jika itu yg terjadi...
Setiap kesusahan pasti ada kesenangan kan...
Allah xkan menyeksa hamba2Nya....

Lagi 3hari dah nak raye....
Aku dah nak bergerak lik Sabak esok insyaALLAH...
Dikesempatan ni aku nak ucap Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin...
Kalau ade dosa aku, maafkan n ampunkan lah... (ade ker? aku kan baik)
Aku pon dah maafkan semua salah silap korang..
Moga raya ini, hati kite suci dari dosa....aminn...

Moga ketemu lagi di Ramadhan akan datang...
Ahlan wa sahlan...

Wednesday, September 1, 2010

Makteh Kawen...??

Salam..

Suprise dgn berita semalam,
MAKTIH trgnu akan menikah pada hari raya ke-3,
Alhamdulillah syukur nikmat...de lagi jodoh makteh...
Moga jodoh ni yg terbaek...

Otometikelli, kitorg terpaksa tukar plan beraya.

Cadangan asal,
Raya pertama : Sabak Bernam
Raya kedua : Nogori

Penukaran tentatif,
Raya pertama : Sabak bernam
Raya kedua : Nogori, then bertolak balik Koberang

Persoalannya :::: mampu ker Driver kacak aku nak drive sejauh itu selama 2 hari berturut2? bukan aku xnak tolong drive, tp keadaan ak skrg kureng seswai utk aku drive jauh...

So, camne? emmhhh......


Thursday, August 26, 2010

Im Back ~

I'm back?
Dari menyepikan diri...
Tp xpe, xde yang mencari aku... syok sendiri sudah...

Kenapa aku start menulis balik?
Sebab aku xsangka aku masih ingat password blog aku setelah hampir setahun xbuka..
Ni yg menaikkan semangat aku utk tulis kembali

Perubahan yg berlaku dalam tempoh setahun..??
Banyaaaaaaak sangat.... Subhanallah...
Antaranya:::

1. Aku konvo bulan Ogos 2009. Heppy sangat sebab dah berjaya lulus dengan agak cemerlang. Mungkin de hikmah kenapa aku x lulus dengan sangat cemerlang, kerna mungkin nasib aku xserupa sekarang..maybe better, o maybe worst...sebab org akan expect aku tinggi dgn result sedemikian, padahal smua tu hanya result pada kertas semata2...

2. Aku keje part time kat tuuuttt, BB Bangi. Menyesal ~ niat nak tolong org Melayu, tetapi org Melayu tu sendiri xnak tolong diri sendiri. Sakit hati sebab sampai xnak bayar gaji aku n M, tp kitorg pon xdelah berserah semata2, adalah caranya nak dapatkan hak kami.

3. Aku sambung blaja bulan Disember 2009. Master in Postharvest Technology, UPM di bawah penyeliaan Dr yg sangat slumber, Dr Mahmud B Tengku Muda Muhamad. Maaf Dr lambat siapkan CV Dr, saya pening mengadap kertas banyak2 tu..hehe (alasan)

4. Aku interview di UPSI, UMT sebagai tutor.... dan di MPOB sebagai Agronomist. Hasilnya, aku di MPOB =) hehe. Sebab kelayakan tutor sekarang adalah pemegang master degree. Alasan, sebab dah terlalu ramai student master sekarang, diorg hanya perlu tampung pembelajaran ke phD shja. (sengal!! kalau dah macam tu, kenapa panggil kitorg interview, saje nak perabiskan duit+masa kitorg..dahlah jauh). Tp xpe, Allah maha kaya, die bagi aku rezki lain. Alhamdulillah.

5. Februari 2010, aku memulakan kerjaya sebagai Agronomist di MPOB HQ. Alhamdulillah berkat doa UmiAyah tersayang. Bukankah doa ibubapa yg paling berkat utk kejayaan anak2? Aku setuju.

6. 7 Mac 2010, aku bertunang dengan seorang lelaki yang amat memahami diri aku, Mohd Awiz Zarim B Muhamad Jalal. Dia terima segala kelemahan n keburukan aku, selalu menasihati aku ke arah kebaikan, membuatkan aku jatuh cinta padanya buat ke sekian kali. Ikatannya selama setahun

7. 5 Jun 2010, berkat kesungguhan dan doa tawakal, aku sah menjadi isteri kepada tunangku. Siapa sangka siapa menduga..hehe.. De desas desus menghembus cuping telinga aku, 'dah stabil ke ekonomi nak kawen tu, suami isteri masing2 baru keje.' Dalam hati aku menjawab dgn senyuman, 'aku xrisau, sebab aku ade Allah, aku de umi ayah, begitu juga kata suamiku'. Niat kami kerana Allah, betul2 untuk mengelakkan maksiat lebih berleluasa antara kami. soal stabil, kewangan, smua tu Allah yang turunkan. Betul kan...

8. 4 Julai 2010, kenduri di sebelah lelaki di Sabak Bernam. Selama beberapa hari di sana, Alhamdulillah, dengan cepat aku dapat biasakan diri dengan family die sebab semua sporting. Dan aku pasang cita2, aku nak blaja cakap Jawa n Banjar. Kalau campur dengan 3 bahasa yg aku pandai sekarang, aku akan pandai 5 bahasa, bukan senang beb...hehe

9. Bulan Ogos 2010, Selamat berpuasa. Dan aku diisytiharkan mother-to-be di Hosp Pakar An-Nur. Baru aku sedar pengorbanan semua kaum ibu di muka bumi. Aku baru pada bulan pertama dan mengalami morning-sickness yg amat teruk, sampai susah nak puasa. Sedih aku setiap kali terkenangkan anak yg derhaka pada ibubapanya, sebab aku telah merasai kesakitan bulan pertama mengandung. Bulan 8bulan yang mendatang. Doa ku,

"Ya anakku, umi mu ini amat lemah badannya, moga2 umi mu diberi kekuatan utk melahirkanmu sebagai anak yg sempurna fizikal n mental, sihat tubuh badan, dan engkau menjadi anak yg taat kpd perintah Allah, ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan taat kepada kedua ibubapamu. Semoga kehadiran kau membawa kebahagiaan dan kesenangan kepada kami, dunia dan akhirat. Amin."

ini ajelah..Setahun punya perkembangan, mmg panjang sket.. hehe...

Bulan mulia ni, sama2lah kita tingkatkan amalan kepadaNya. Salam.

Thursday, July 30, 2009

DOA UNTUK ANAK2

Kebiasaan yang kite dengar, doa untuk ibubapa... Kite doakan mereka kerana kasih sayang sayang dan segala penat lelah yang telah mereka curahkan kepada kite dari saat pembentukan sel berlaku hinggalah sekarang ni.... Tetapi malangnya, bukan semua anak tahu untuk menghargai segala jasa parents diorang..

Bukan senang untuk menjadi ibubapa.. Kengkadang, walaupun ajaran agama telah diserapkan dalam diri anak2, tapi pengaruh persekitaran, pengaruh kawan2, pengaruh setan dipercayai lebih KUAT daripada pengaruh ibubapa yang menjaga mereka selama ini ~ tanda akhir zaman... Nauzubillah...


Jadi, sebagai ibubapa dan bakal ibubapa, perlu ingat, walaupun telah curahkan bertong2 bergelen2 kasih sayang, didikan agama dan nasihat, anda masih ade satu lagi senjata besar kite sebagai umat Islam untuk dilancarkan, DOA... Ni adelah 2 doa yang boleh diamalkan oleh ibubapa. Dan yang penting, tawakallah kepadaNya.. Kite berusaha, DIA yang menentukannya...






Ibubapa kita juga merupakan anak kepada ibubapa mereka, jadi, apa yang mereka mahu daripada ibubapa mereka juga adalah apa yang kite mahu daripada mereka sepertimana anak2 kita mahu daripada kita kelak.... Mesti kita xmahu anak2 kita kelak nakal dan poning kepalo nak dilayan macam ibubapa kita terpaksa melayan kita sekarang....kan..??
~~~~ buzz...penin..penin...hehe

Jadi, bleh lah printoutkan senjata ini dan berikan kepada ibubapa kita dan kita juga sebagai bakal ibubapa...

Semoga kita sama2 mendapat kebaikan daripadanya...

Tuesday, July 28, 2009

Yong TAG Yie....


Mereput, yong..?? Aku rase macam nak cerita semuanya dalam blog sampai x tercerita.. huhu...macamana tuh...lagipon dari zaman muda2 dolu aku mmg xsuke karangan...

sebab hg dah tag gue...terpaksalah aku jawab....


1.Apa perasaan anda sekarang?
Bosan.. Malas.. Xde mood nak blajar sebab tengah pk masalah yang sangat kompleks sekarang...
Cita2 n impian umur 25tahun macam xtercapai jer..huhu
tolong aku....

2. Saya nak makan?
ermm...kuih karas... korang penah dengar x..?? Cariklah kat bahagian utara.. sedap woo...

3. Saya x suka?
bile yang dirancang xmenjadi..huhu.. tapi mesti de hikmah smua tu..

4. Impian saya?
sama je macam impian org len.. Nak dapat keje, nak kawen, nak idop bahagia bersama keluarga+keluarga baru

5. Haiwan yang saya x suka?
of coz.... ULAR..!!!!!!!! aku akan buka judo peringkat 18 even hanya gambar menate tuh depan mata...

6. Saya harapkan?
rezeki keluarga ku datang melimpah2.... huhu.... Amin~~

7. Jika saya boleh putarkan masa?
aku nak rancang baik2 masa depan aku @ masa sekaranglah...
banyak sangat yang terlepas dan melepas....

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
still maintain muda... dah beranak pinak..haha~ dah de keluarga bahagia... kerjaya yang stabil.. n dapat g cuti2 whole family (umiayah, adeqberadik(7org), iparduai, n cucu2 atuk nema) ke luar negara....

9. Handphone saya adalah sebuah?
buku nota...segala maklumat tambahan family n kawan2 macam alamat, ic no, DOB, no matrik n dll... ado blako...

10. Saya pernah bercenta sebanyak?
biarlah rahsia...~~ yang sekarang..yang paling n amat2 dicintai..
ewwaahhh, ewaahhh...~~hehe

11. Saya suka pada?
kehidupan yang simple... asal cukup segala keperluan, asal bahagia..dapat keREDHAanNYA..
aku xperlukan rumah besar, kereta mewah, duit dlm bank bertimbun2, tetapi jiwa KOSONG..
dats y aku nak suami yang simple...macam ayah kesayanganku..simple seyh...best!!!

12. Kawan-kawan saya...?
adalah yang selalu dirindui... tapi xnak selalu jumpa....kenapa? sebab klu dah selalu jumpa, xjadi rindu plak kan

13. Pernah dikhianati?
terasa seperti dikhianati...penah...
dikhianati betol2, macam xde.... klu de pon, not a big deal...
aku masih mampu berdiri di atas BUMI ALLAH ni...

14. Apa yang hendak anda lakukan kepada orang yang pernah mengkhianati anda?
buat bodo jer... orang macam tu bile kena balik kat die baru sedar...
SO, tunggu saat die kena khianat, n time tu meh kite ramai2 buat ombak besar sambil bertepok tangan!!
yeah~



Senaraikan 8 orang untuk di tag
ermm..kawan aku mane ramai pon...
smua dah hg rembat yong..jadi yg tinggal..

~ zulaika (sebabkan ko byk masa free..luangkan lah sket ek)
~ bang ayie (ala..sesama 'kembar'..xkan xleh tolong kan..)
~ Qucai (Mr daun Qucai...bleh lah yer..hehe)
~ pejal (hahaha...sape soh tersenarai dalam list aku yg sikit nih, xpasal2 kena)

Sunday, July 12, 2009

Aku pi Sg Petani


Malam 9/7 jam 8.30,
aku bertolak ke Komuter Serdang dengan bantuan kawan2 aku (time kasih ina, m n ayu..korg sanggup berbuka puasa lambat sebab tolong aku)...then aku nek train ke Plaza Rakyat o dengan nama glamer nyer, Perhentian PUDU sebab malam ni aku akan bergerak ke Sg Petani, tanah tumpah kelahiran ku...Yeahh..!!!


Bas aku bergerak kol11 malam..aku pilih TRANSnasional coz senang nak dapatkan tiket, juz beli kat stesen myk PETRONAS serdang ni je..sesetengah org kate tiket ke Sg Petani bleh beli kat PUDU jer, sentiasa de tapi aku xsuke camtu..aku suka yg terancang supaya aku xmembazir masa n senang nak informkan parents aku awal2 supaya diorg xrisau..

Tepat jam 3.25am, 10/7..
tiba di Plaza tol Taman Sejati Indah, Tikam batu.. Baru nak contact kakmah, mujurlah sekali call jer dah terus angkat... Kesian kat pakcik sorang yang tunggu sekali dengan aku, lepas bbrapa kali contact wife die, baru dapat.. Aku habiskan masa menunggu aku bersembang dengan die... Peramah gile pakcik tu, tapi lupe lak tanya nama..hehe.. Die kate setiap hujung minggu die berulang alik dari Sg Petani ke kL utk berjumpa dengan family tercinta..huhu..rupa2nya die kena tukar tempat keje ke kL 7bulan lepas. Disebabkan
diorg dah beli rumah n selesa tinggal kat Sg Petani, jadi cuma pakcik tu yg berpindah ke kL. Pe yg aku xsangka2, pakcik tu kate, sepanjang 7bulan ni ramai die jumpa org senasib die, de yg dari Melaka, N9, kL n selangor.. smuanya balik hujung minggu jumpa family. Xsempat nak sembang lama, Kmah pon sampai dengan Onah...tinggallah pakcik tu sengsorang..

Dah terlalu kerap crite2 camtu aku dengar akhir2 ni, n aku rase mebe aku akan join the group xlama lagi...sebab crite2 camtu seolah2 memberi dorongan, menguatkan lagi keputusan yang aku nak buat dalam masa terdekat ni...

NIAT of coz lah dah de, yang pertama sekali,
RANCANGAN dah ade,
cuma de beberapa halangan yang terpaksa kami tempuhi dengan USAHA GIGIH,
sebelum kami dapat BERTAWAKAL,
agar rancangan kami bertukar menjadi keputusan
yang bakal merubah kehidupan kami selepas ini..

Perubahan yang macam mana..?? Aku doakan perubahan yang boleh membimbing aku menjadi seorang yang lebih tabah, bertanggungjawab n sabar...serta semakin dekat dengan-Nya...sebab tanpa keizinan-Nya, kami hanya insan yang lemah...

Pe2pon....kite tunggu dan lihat....

Ahlan wa sahlan ~~

Thursday, July 9, 2009

Persahabatan

Salam ukhwah kepada semua.....
Nothing special wif today...
Cuma terasa nak mengepos baru dan padam yg lama....
~~Kpd em..jgn marah ar post bufday parti ko aku dah delete...next year aku letak yg lagi beshh...dehh


Talk bout friendship..aku de terjumpe satu quote:
"True friendship is a plant of slow growth,
must undergo and withstand the shocks of adversity,
before it is entitled to the appellation."

Ringkasannyer....

~ Persahabatan sejati tu ibarat tanaman yang tumbuh dan membesar dengan perlahan serta berperingkat...

Setiap hari setiap bulan berlaku pertumbuhan ikut keperluan nutrien, air dan cahaya yang dibekalkan... Klu cukup, maka suburlah tanaman tu...InsyaAllah... Selain tu, faktor2 minor pon diambil kira juga, macam kelembapan, suhu, kandungan nutrien tersedia dalam tanah, pH tanah dan banyak lagi... Klu terkurang, tanaman xkan mati, tapi mungkin akan kurang kualitinya seperti saiznya xcukup besar, kemanisan buah kurang, warna xcantik dan sebagainya.

~ Harus melalui dan menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan..

Walau setinggi mane tahap kerintangan tanaman, mesti akan menghadapi masalah penyakit dan perosak bermula dari saat dia disemai hinggalah membuahkan hasil...

Penyakit (Disease) berpunca dari patogen seperti kulat, bakteria, virus, fungal-like organisms, phytoplasma, nematode (macam cacing) dan parasitic higher plant (Some higher plant forms live on the surface of or parasitize other plants and often cause harmful reactions in their hosts).. Macam2lah...berlainan bentuk, saiz dan cara mereka bertindak....de yang secara terang2 nampak dari fizikal simptomnya (senang untuk diatasi pada peringkat awal), yang paling bahaya, hanya dapat dikesan bila penyakit dah teruk, sebab tersebar secara halus dari dalam...MasyaAllah...

Itu baru penyakit, perosak de lagi.. Perosak (Pest) pun de kepelbagaian juga. Kebanyakannya adelah serangga, dan jangan lupa manusia pun boleh jadi perosak juga.. Perosak ni cerdik, yelah..berotak, tapi xtahu berakal ataupun x... De yang serang masa biji benih baru je disemai : alaahai manisnye, kate semut yang menyerang biji benih jagung varieti Supersweet. De yang serang masa pokok tengah membesar : aiya, wa pon mau idop, mau cari makan maa..kate si ulat bulu. De yang serang masa pokok dah membuahkan hasil : dey, itu pon mau kedekut kaa..ciitt, u tanam byk, saya makan sikiittt saja. Adduhh, macam ni pon de ke..

Macam2 langkah pencegahan (tapi ni kebiasaannya diabaikan) dan andai dah terjangkit, langkah2 mengatasi lak yang akan diambil (ni yg biasanya diamalkan)... Masa tu, klu yang dah berpengalaman, tahu nak buat pe, mula keluarkan 'senjata', seraannnggg..!!! Yang xde pengalaman, mulalah cari pakar2 dalam hal2 ni, luahkan masalah, minta jalan penyelesaian...klu yg pakar lak, de yg keluarkan buku untuk jadikan rujukan dan panduan, takut andai tersalah rawatan, makin teruk plak tanaman, silap2 pokok jadi kering dan layu, akhirnye musnah terus....

Susah nak jumpe yg sejati ni...aku pon xsanggup nak ngaku sebagai sahabat sejati kepada sahabat sejati aku....

~ Persahabatan sejati ibarat tisu...

boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan,

yang paling penting,

masa menangis...lap hingus... ~